Juga buku motivasi diri anda..

Dato' Hj. Hussamuddin Hj Yaacob - Kump.Karangkraf

K
ajian Sejarah Melayu terbitan pelajar tahun akhir UKM, Dato’ Haji Hussamuddin Haji Yaacob pada tahun 1977 menjadi titik tolak bermulanya sejarah gemilang Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Suntikan semangat dari ayahanda beliau yang memiliki ‘Toko Buku Yaacob Idris’ telah menjadikan penubuhan awal syarikat ini bersama saudaranya Haji Fickri Haji Yaacob dan Muhd Nasir Haji Hamzah.
Antara anak syarikat Kumpulan Karangkraf adalah Karangkraf Edar, Karya Bestari, Keluarga Communications, Bistari Distributor dan Karangkraf Cetak Sdn. Bhd. Merancakkan lagi nadi industri percetakan kumpulan ini ditambah lagi dengan tertubuhnya Ultimate Print Sdn. Bhd yang mencetak sehingga 2 juta naskhah sebulan, penubuhan Alaf21 dan Buku Prima Sdn.Bhd.