Juga buku motivasi diri anda..

Irfan Khairi - Jutawan Internet


I
rfan Khairi, seorang motivator kekayaan dan perniagaan generasi baru. Sebagai seorang usahawan, penulis buku laris dan juga speaker pakar, kejayaan Irfan Khairi sering dipaparkan dalam majalah, akhbar dan juga media penyiaran. Beliau merupakan penulis ruang motivasi, kekayaan dan perniagaan di beberapa majalah tempatan.
Irfan juga mengendalikan segmen perniagaan dan kewangan sendiri di Astro Awani dan mengemudikan program bicarawara “Jutawan” di Radio 24.
Menamatkan pengajian di UK dan penerima anugerah Certificate of Doctorate in Business Administration daripada Oxford Association of Management ini sering digelar “Jutawan Muda” & “Jutawan Internet” oleh media kerana kejayaan mencapai keuntungan perniagaan internet berjumlah RM1juta pada umur 25 tahun.