D |
ato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg Pinang Klang. Beliau adalah Pengarah Urusan Excel Training & Consultantcy (M) Sdn. Bhd dan Ketua Pengarah ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993 sehingga September 1998. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor di Jabatan Komunikasi Pembangunan UPM.
Beliau memegang Ijazah B.S Agric. Science (1st Class Hons) dari UM pada tahun 1975. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Winconsin USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977. Beliau memeliki Ph.D Organizational Communication dan university yang sama pada tahun 1984.
Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, kepimpinan, metodologi dakwah dan sebagainya.